Friday, February 15, 2013

Port Dickson, N9

Salam....

Kali ni daku nak bercerita akan aktiviti makan angin kami sekeluarga ke PD tak brapa lama dulu.

Kami ke sana selama 3 hari 2 malam, beradu di Ancasa Resort.

Alhamdulillah, anak-anak seronok dengan percutian kali ni.... dapat mandi kolam dan melepak di tepi pantai melihat matahari terbenam.

Makan nasi kukus kat Cowboy Place

Matahari senja...cantikkan...

Along di tepian pantai...

Tengok... matahari dan awan yang sangat cantik....

En. Abah dengan adik...menikmati keindahan senja

Sempat berposing tatkala singgah di Ostrich Farm....seronok tau....

Hadapan Cowboy Place

Dua beranak dok melepak....

cakkkk....mai lah joint kami....

Peminat air...sampai kecut dok berendam....

Sebenarnya banyak gambar yang daku ambil dah di delete oleh Along.... Dia kan McGyver, kalau tak membelek camera daku memang tak sah..... Geram sungguh tapi nak marah pun tak guna....gambar tu memang dah hilang.... Diam jer lah.... Anak ohhh anak.


notakaki:

`A lot of problem in the world would disappear if we talk to each other instead of about each other.....'

Wednesday, February 13, 2013

Kenalkan....

Salam....

Hari ni kita berkenal-kenalan dengan lebih dekat dan lebih mesra lagi yer....
Daku, ibu kepada 3 orang anak...


Yang pertama....
Anak lelaki.  Daku sekeluarga memanggilnya Along.

Dia anak istimewa kurniaan Illahi kepada kami sekeluarga.
Along seorang anak ASD (autisme spectrum disorder).  Sekarang dah berusia 15 tahun.
Of courselah kan sekolah di Pendidikan Khas (PPKI) di SMK Seksyen 9, Shah Alam.
Walau dia istimewa tapi dia senang di uruskan.
Berhenti dari memakai pampers pada usia 3 tahun.
Berjalan (*actually dia terus berlari) pada usia 1 tahun.
Mempunyai memori yang kuat.
Main muzik hanya dengan mendengar. (tak tahu baca note muzik)
Seorang yang sangat addict dengan komputer.
Mood yang tak menentu dan selalu keliru.


Yang kedua....
Juga seorang lelaki. Di panggil Angah.

Seorang yang agak pendiam.
Berusia 12 tahun.  Seblm ni daku hantar dia ke Sekolah Agama Swasta hingga tahun 5.
Sejak awal tahun ni, daku hantar pula dia ke Maahad Tahfiz.
Hajat hati nak punya seorang tahfiz al quran di kalangan keluarga kami.
Seorang yang sangat suka bermain games... tengok kartun...baca komik..
Selalu mengingatkan dia, agar tekun dengan pengajian tahfiz
Sebulan di Maahad, Angah selalu menangis, minta balik.
Alhamdulillah dah masuk bulan kedua, dia nampak gembira kat sana.
Moga Allah terangi hati Angah agar di penuhi kalimah-kalimah Allah.


Yang ketiga...
si puteri bongsu.

Dialah satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.
Di gelar adik tapi lebih suka jika di panggil Ain.
Sekarang dalam tahun satu, di sekolah agama swasta.
Sangat manja, dan sangat particular dalam pelajaran.
Dia juga minat mewarna dan melukis
Selalu tulis surat cinta kepada daku
Ayat biasanya "Ain Love Mama"
Juga punya minat untuk ke Maahad Tahfiz tapi umur masih terlalu muda.
In Sha Allah.... mungkin bila sampai masanya.



notakaki:
Respect people, who find time for you in their busy schedule. But...Love people, who never look at their schedule when you need them



Salam

Assalammualaikum.

Salam perkenalan.  

Selamat datang ke halaman blog daku yang baru ini.  
In sha Allah.......
akan menyusul lembaran kisah kehidupan ku nanti.

Moga sudi mengikuti blog ini...



notakaki:

"Being humble is more important than being wise.
Because we doesn't need a proud mouth that speaks much, but a kind heart that listen."